Visi

Menjadi syarikat terkemuka di Asia dalam industri Sambal Kering Ikan Bilis serta pelbagai produk makanan industri kecil dan sederhana (IKS), yang memudahkan proses memasak di samping memberi peluang pendapatan kepada usahawan IKS menjelang 2025.

Misi

  1. Meningkatkan kuantiti pengeluaran dan kualiti produk untuk mengurangkan aduan serta meningkatkan jualan menjelang 2025.
  2. Memperoleh pengiktirafan ISO 9001:2015 dan ISO 22000 menjelang 2025.
  3. Menyediakan peluang pekerjaan serta sistem teknologi pengurusan menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang lebih maju dan efisien menjelang 2025.
  4. Menubuhkan kilang pemprosesan dengan teknologi pengilangan automatik yang lebih sistematik, produktif, bersih, serta mematuhi piawaian GMP dan HACCP.
  5. Bekerjasama dengan 2,000 usahawan dalam memasarkan produk makanan siap ke 20,000 outlet di seluruh ASEAN menjelang 2025.
CNFS

Kenali Pengasas

Puan Noraida, yang lebih dikenali sebagai Che’Nor, berasal dari Jitra, Kedah, dan dibesarkan di Seremban. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Tuan Mohd Nazri Bin Mat Yusof, Ketua Pegawai Operasi CNFS Manufacturing Sdn Bhd, dan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Puan Noraida mendapat pendidikan rendah di SRJK(C) Kg Seri Sikamat, Seremban, sebelum melanjutkan persekolahan menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Setelah menyelesaikan Program Latihan Khidmat Negara, beliau meneruskan pengajian di peringkat matrikulasi di Kolej Mara Kuala Nerang dan kemudian terpilih untuk melanjutkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi di Universiti Malaya. Sejak di peringkat matrikulasi, beliau mula dikenali sebagai Che’Nor untuk membezakan beliau daripada rakan-rakan lain yang juga bernama Aida. Nama tersebut kekal hingga ke hari ini dan telah menjadi jenama terkenal.

Che’Nor merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik. Kedua ibu bapa beliau, yang lebih dikenali sebagai Pak Tam dan Mak Tam, mempunyai pengalaman luas dalam industri makanan dan minuman selama 22 tahun. Pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi” amat sesuai menggambarkan hubungan keluarga ini. Kini, Pak Tam dan Mak Tam berkhidmat sebagai Pengarah Urusan CNFS Manufacturing Sdn Bhd.

Pada usia 28 tahun, Che’Nor mengasaskan Sambal Garing Che’Nor. Namun, beliau sebenarnya telah mula berniaga sejak di bangku sekolah. Antara perniagaan yang diusahakannya termasuk menjual alat tulis, snek, keropok, nasi lemak, serta mengendalikan jualan pada hari kantin sekolah dan menyediakan servis kurier di kolej. Ketika berada di universiti, beliau aktif dalam perniagaan pemasaran berbilang tingkat (MLM) untuk produk berasaskan Gamat Emas, sehingga mencapai pangkat yang tinggi. Selepas tamat pengajian, minat mendalam terhadap bidang F&B mendorong beliau memulakan kerjaya di syarikat rangkaian restoran pizza dari Filipina sebagai Pengurus Outlet, dan selepas hanya tiga bulan, beliau telah ditawarkan jawatan Pengurus Sumber Manusia.

Selepas empat tahun bekerja keras, beliau mengambil keputusan untuk membuka perniagaan restoran Melayu miliknya sendiri. Berbekalkan pengalaman serta modal simpanan peribadi dan suami, beliau membuka restoran pertama pada tahun 2012 di Bandar Pinggiran Subang. Pada tahun 2014, restoran tersebut berpindah ke lokasi strategik di Kota Damansara dan dijenamakan semula sebagai Restoran Che’Nor Cendol Madu. Perniagaan berjalan dengan amat baik sehingga mendapat liputan luas oleh blogger terkenal dan program televisyen “Jalan-Jalan Cari Makan” TV3. Che’Nor melancarkan produk Sambal Garing Che’Nor pada Mac 2015, dan sejak 2016 beliau telah memberi fokus penuh kepada industri pemprosesan makanan hingga ke hari ini.

Anda Ingin Buat Jenama Sambal Anda Sendiri?